Sunday 23 December 2012

TKC Berpindah Ke Nilai 1 Jan Depan

NILAI - Kolej Tunku Kurshiah akan (TKC) akan berpindah secara rasmi ke kompleks baharu di Bandar Enstek di sini pada 1 Jan depan.

Sebelum ini ia terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.

Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud berkata TKC kini memiliki kawasan seluas 17.4 hektar yang dibina dengan kos kira-kira RM75 juta dan
diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 4 Okt lepas.

"Dari tarikh itu, kita telah mulakan proses perpindahan secara beransur-ansur bagi menerima pelajar pada 1 Jan 2013. Pada 1 Jan ini, semua pelajar akan mendaftar di TKC Bandar Enstek.

"Pada tahun 2013, kita mengekalkan bilangan pelajar sedia ada bagi Tingkatan Satu hingga Lima dan sekiranya ada penambahan pelajar, ia akan dibuat selepas tarikh itu," katanya kepada Bernama.



-- BERNAMA

No comments: