Wednesday 6 March 2013

Patuhi keputusan mahkamah - Menteri Besar

FOTO... Barisan peguam syarie negeri bergambar bersama
YAB. Menteri Besar ketika Majlis Penyampaian Tauliah
Peguam Syarie Negeri di Kelana Resort, hari ini.

SEREMBAN - Semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah wajib dipatuhi terutama yang berkaitan perintah nafkah. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berharap jangan ada pihak yang memandang rendah keputusan mahkamah itu dan hendaklah dihormati sebagaimana keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil.
DSU Hj.Mohamad
''Kita dapati ada kes perintah nafkah tidak dipatuhi bekas suami. Pembiayaan selepas berlakunya perceraian itu tidak diikut. Nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak diabaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tauliah 39 peguam syarie negeri ini, di Klana Resort di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Mohd. Shukor Sabudin dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan negeri, Hanif Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, perbuatan mengingkari perintah mahkamah merupakan satu penghinaan terhadap mahkamah.

''Kadangkala isteri malas mengadu, tetapi bercakap di belakang. Ini tidak sepatutnya berlaku. Bekas isteri perlu rujuk semula kegagalan bekas suami itu kepada mahkamah untuk mahkamah mendengar dan membuat keputusan lain selepas keputusan pertama diingkari," tegasnya.

Katanya, apa yang berlaku ini mungkin disebabkan ketidakfahaman terhadap sistem perundangan Mahkamah Syariah dan akhirnya nanti imej mahkamah akan tercalar.

Pada majlis itu juga, Mohamad menasihatkan peguam syarie terlebih dahulu membuat rujukan dan kajian kes sebelum dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

''Peguam syarie perlu tahu berhujah dengan baik berdasarkan kajian dan bukti kes. Kadangkala pelanggan rasa kecewa apabila kes itu kalah dan menyalahkan mahkamah kerana membuat keputusan tidak adil. Ini tidak betul. Peguam kadangkala tidak membawa bukti cukup untuk disabitkan kesalahan," katanya.

Mengenai Kompleks Mahkamah Syariah yang baru di Sendayan, Mohamad memberitahu, mahkamah itu boleh digunakan April ini.

1 comment:

mahabalafacio said...

Wynn Hotel and Casino - Mapyro
Wynn Las Vegas · 계룡 출장마사지 3131 Las 서산 출장안마 Vegas Blvd S Las Vegas, NV 89109. The Strip · (702) 770-3340 · Visit 의정부 출장샵 Website. http://www.wynnlasvegas.com/ · More Info. 화성 출장안마 Hours, Accepts Credit Cards,  Rating: 2.9 · ‎942 남양주 출장마사지 reviews · ‎Price range: $$$How is Wynn Las Vegas rated?What days are Wynn Las Vegas open?