Thursday 28 March 2013

RM7 juta bina dewan baharu Tampin.

TAMPIN  - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi menampung kos pembinaan dewan serbaguna baharu berhampiran Padang Serbaguna Tampin dekat sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya itu dijangka siap pada
penghujung tahun depan.

''Kemudahan yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang dalam satu masa itu boleh digunakan untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti termasuk majlis perkahwinan.

''Dewan ini dibina untuk kegunaan awam, maka penduduk setempat tanpa mengira kaum boleh menggunakannya untuk majlis keraian atau sebagainya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: