Monday 31 December 2012

2013 tahun mendakap puncak jaya

SEREMBAN - Tepat jam 12 tengah malam ini, seluruh dunia mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2012 dan selamat memasuki 2013 tahun baru yang diharap mencapai puncak jaya.

Di sebalik pelbagai acara sambutan yang dibuat seluruh dunia, kerajaan negeri bertambah komited memikirkan masa hadapan rakyat agar tahun

Sunday 30 December 2012

Ayuh bersama pacu kecemerlangan NS

SEREMBAN  - Rakyat terus diajak memacu negeri ini dalam nada harmoni dan saling hormat menghormati supaya kecemerlangan dapat terus dibina, sekali gus membawa kehidupan bertambah sejahtera dan kekal aman sentiasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keharmonian kaum perlu terus dikekalkan ketika negara sedang melalui fasa kedua era 50 tahun selepas kemerdekaan apatah lagi dalam memburu status negeri maju pada 2020.

Monday 24 December 2012

BANDARAYA SEREMBAN: Persediaan sedang diatur sebelum isytihar.

SEREMBAN - Segala persediaan sedang diatur oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebelum kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu diisytiharkan sebagai bandar raya Seremban.

Yang Dipertua MPS dan MPN Datuk Abd Halim Abd Latif berkata penggabungan kedua-dua PBT ini menjadi bandar raya perlu penelitian.

"Penelitian tersebut termasuk dari segi kewangan, penduduk, cukai,

Sunday 23 December 2012

TKC Berpindah Ke Nilai 1 Jan Depan

NILAI - Kolej Tunku Kurshiah akan (TKC) akan berpindah secara rasmi ke kompleks baharu di Bandar Enstek di sini pada 1 Jan depan.

Sebelum ini ia terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.

Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud berkata TKC kini memiliki kawasan seluas 17.4 hektar yang dibina dengan kos kira-kira RM75 juta dan

Saturday 22 December 2012

Perbaiki kelemahan perkhidmatan awam - MB

SEREMBAN - Meskipun prestasi perkhidmatan awam di negeri ini berada pada tahap memuaskan, namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki ke arah memberikan khidmat terbaik, berkualiti dan efisien kepada orang ramai.

Thursday 20 December 2012

NS catat peningkatan prestasi calon PMR

SEREMBAN - Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah 2012 secara keseluruhan apabila mencatatkan penurunan Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 2.65 berbanding 2.66 peratus pada tahun lalu.

Berdasarkan statistik, seramai 19,538 calon

Wednesday 19 December 2012

Bangunkan 20 pekan kecil di NS

SEREMBAN – Pekan kecil dan kawasan pertumbuhan baru akan dibangunkan secara berperingkat supaya dapat diseimbangkan antara bandar dan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian dijalankan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri dengan kerjasama

Saturday 15 December 2012

Gangguan bekalan air di Jelebu Isnin ini

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata

Friday 14 December 2012

6,786 kakitangan awam NS dapat bonus

SEREMBAN - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan untuk membayar bonus sebanyak satu setengah bulan gaji kepada 6,786 orang kakitangan awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bayaran bonus

Thursday 13 December 2012

130 sertai Minda Sihat Warga Emas

SEREMBAN  - Lebih 130 orang pelbagai kaum dan peringkat umur daripada pertubuhan yang bergabung di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) negeri ini menyertai program Jom Relaks: Minda Sihat Warga Emas di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua NCWO negeri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin berkata,

Wednesday 12 December 2012

Pasar Karavan Pertama Di Negeri Sembilan Operasi Januari 2013


SEREMBAN -- Pembinaan Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini kini siap 95 peratus dan dijangka mula beroperasi pada hujung Januari 2013.

Pakar adalah konsep baharu pasar tani yang diperkenalkan oleh

NS tumpu jayakan TMM 2013/2014

SEREMBAN - Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk menganjurkan beberapa acara besar bagi menyemarakkan program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2013/2014.

Tuesday 11 December 2012

NegeriFM pungut derma untuk Aman Palestin

SEREMBAN  - Prihatin dengan nasib saudara Islam di Gaza, Palestin, Radio Malaysia Negeri FM melancarkan tabung Aman Palestin dalam usaha mengumpul dana untuk membantu meringankan penderitaan rakyat di Semenanjung Gaza.

Pengarah Penyiaran negeri, Norbaiyah Baharudin berkata,

Monday 10 December 2012

Rumah Pangsa Awam Akan Berubah Wajah - KPKT

Datuk Seri Chor Chee Heung
SEREMBAN, Kediaman rumah pangsa awam di seluruh negara yang sebelum ini sering dikaitkan dengan suasana tidak selesa dan kurang terurus bakal berubah wajah apabila projek Kejiranan Indah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaksanakan.

Saturday 8 December 2012

Berhati-Hati Di Musim Tengkujuh - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengingatkan penduduk yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir supaya sentiasa berhati-hati sepanjang musim tengkujuh ini.

Beliau berkata mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan keluarga terutamanya kanak-kanak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini

Friday 7 December 2012

Daftar permohonan PR1MA secara online.

Petaling Jaya: Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (dalam talian) mulai Sabtu ini, bagi proses pengundian.

Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses melalui

Waspada risiko tanah runtuh - MB


SEREMBAN - Penduduk sekitar negeri ini yang menetap berhampiran kawasan cerun dan tebing dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga terutamanya sepanjang musim hujan kerana dikhuatiri berisiko dilanda tanah runtuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,

Thursday 6 December 2012

MB laksana Dasar Pencahayaan Negeri

RASAH - Idea untuk melaksanakan Dasar Pencahayaan Negeri (DPN) tercetus tiga tahun lalu selepas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membaca berita tentang kemalangan jalan raya yang berpunca daripada jalan gelap kerana ketiadaan lampu.

Mohamad berkata, kematian seorang bilal sebuah masjid di Johol,

Askar Wataniah diingatkan supaya sentiasa siap siaga.

SEREMBAN: Sukarelawan yang menyertai Askar Wataniah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia berkhidmat apabila diperlukan kelak.

Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sembilan, Brigadier Jeneral (Kehormat) Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan berkata, tahap kekuatan mental dan fizikal hendaklah kental apatah lagi apabila memikul tanggungjawab mempertahankan keamanan negara.

Tuesday 4 December 2012

Nestle buka kilang bijirin RM124j di Chembong

REMBAU - Nestle Malaysia Bhd. (Nestle) melabur sebanyak RM124 juta untuk membuka sebuah kilang pemprosesan bijirin sarapan di Chembong, di sini bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan rantau Asia.

Pengarah Urusannya,

Monday 3 December 2012

Cari formula baharu didik anak

TELOK KEMANG - Formula baharu mendidik anak perlu dicari oleh ibu bapa agar usaha itu selari dengan perubahan persekitaran dan kematangan berfikir.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kaedah konvensional yang diguna pakai sebelum ini mungkin tidak lagi relevan

Sunday 2 December 2012

Negeri Sembilan Kembali Dilanda Banjir - MKN


Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi Ahad seramai 150 orang termasuk mangsa di Johor dan Selangor.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan jumlah mangsa