Saturday 15 December 2012

Gangguan bekalan air di Jelebu Isnin ini

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata
gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam itu melibatkan Simpang Pertang, Kampung Putra Air Baning, Kampung Sawah Air Baning, Pertang, Pasoh 1, Pasoh 3, Pasoh 4, dan Geylang.

"Penutupan sementara bekalan air ini berikutan kerja pembaikan untuk menggantikan paip sementara yang dipasang Sains ekoran kerosakan paip sedia ada semasa kejadian banjir pada 29 Nov lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh gangguan yang lebih lama.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.- Bernama

No comments: