Wednesday 12 December 2012

NS tumpu jayakan TMM 2013/2014

SEREMBAN - Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk menganjurkan beberapa acara besar bagi menyemarakkan program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2013/2014.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, acara itu yang dibuat di bawah kerangka projek Discover Negeri Sembilan akan dilaksanakan sepanjang tahun depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa acara yang boleh diangkat sebagai acara utama di bawah Discover Negeri Sembilan.

"Pada masa ini, kita mempunyai 23 acara utama yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan sepanjang tahun depan.

Antara acara dalam kalendar pelancongan itu ialah Pesta Persukuan Adat Perpatih, 'Port Dickson International Triathlon', 'Raptor Watch' dan 'Port Dickson International Bike Fest'.

Mohammad Razi berkata seramai 3.5 juta pelancong melawat negeri ini dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas dan pihaknya mensasarkan 5 juta pelancong pada tahun depan.


"Kita sedang menyusun strategi tertentu bagi memastikan TMM 2013/14 bukan sahaja berjaya malah mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini," tambah beliau lagi.


No comments: