Sunday 2 December 2012

Negeri Sembilan Kembali Dilanda Banjir - MKN


Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi Ahad seramai 150 orang termasuk mangsa di Johor dan Selangor.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 71 orang melibatkan 27 keluarga diikutidengan Selangor 58 orang melibatkan 17 keluarga manakala di Johor seramai 21orang melibatkan enam keluarga.

Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melibatkan kawasan diKampung Jimah Lama, Port Dickson dengan sebuah pusat pemindahan dibuka diSekolah Rendah Kebangsaan Jimah Lama.

Di Selangor banjir melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang,Kuala Langat dan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Genting Sanyen, KualaLangat manakala di Johor melibatkan banjir di kawasan Kampung Spang Loi dan Kampung Awat, Segamat dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Balai Raya masing-masing, menurut portal itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk dibeberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang berjaga-jaga berikutanbacaan paras air sungai melebihi aras amaran.

Kawasan terbabit ialah sekitar Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar di Perak, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di Johor, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera di Pahang.

Setakat 9.30 pagi ini, bacaan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar 54.53 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau 6.53 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat 8.77 meter, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera mencatat 113.67 meter dan 34.10 meter iaitu masing-masing telah melebihi aras amaran.BERNAMA

No comments: