Wednesday 15 May 2013

Senarai Anggota Kabinet Malaysia 2013

Berikut senarai penuh barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 15 Mei 2013

PERDANA MENTERI 
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saturday 11 May 2013

TAHNIAH : Tok Mat kekal Menteri Besar NS

Tuanku Muhriz Tuanku berkenan menyerahkan watikah perlantikan MB Negeri Sembilan kepada Mohamad Hasan di Istana Besar Seri Menanti dekat Kuala Pilah hari ini.
Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan,57 selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti Kuala Pilah, jam 10.55 pagi tadi.

Upacara istiadat mengangkat sumpah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti.

Monday 22 April 2013

#PRU13 : Jom Mengundi Wahai Anak Muda

Wahai anak muda, dongaklah dari gajetmu.

Semalam telah berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Maka bermulalah kempen bagi pilihan raya umum yang akan diadakan tepat dua minggu dari sekarang iaitu 5 Mei.

Tahu apakah itu penamaan calon wahai anak-anak muda? Tahukah anak-anakku apa itu pilihan raya? Apakah itu demokrasi? Apakah itu negara?

Tuesday 16 April 2013

Calon BN Negeri Sembilan disaring rapi

Upacara Pengumuman Senarai Calon Barisan Nasional Oleh DS Hj.Mohamad
Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, hari ini.
SEREMBAN - Semua calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang telah diumumkan bagi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telah melalui proses saringan rapi termasuk dikaji latar belakang mereka.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan seseorang calon juga dinilai dan dibincangkan antara semua pimpinan parti komponen BN bagi memastikan calon tersebut adalah yang terbaik dan mampu menang di kawasan tersebut.

Monday 8 April 2013

Program Khidmat Bantu Di Rumah manfaat OKU, warga emas

TELOK KEMANG  - Program Khidmat Bantu Di Rumah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat bantuan secukupnya daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti JKM, Zaharuddin Ramna memberitahu, program yang mula diperkenalkan di negeri ini

Saturday 6 April 2013

Manifesto BN: Rakyat Bakal Nikmati BR1M Lebih Lumayan


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.

Wednesday 3 April 2013

'Usah didik murid benci kerajaan' - MBNS


SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta guru-guru supaya tidak sesekali menjadikan kerjaya guru sebagai platform mendidik murid membenci kerajaan dan pemimpin negara.

Perbuatan mendidik murid membenci kerajaan dan pemimpin kata Mohamad, hanya akan mendorong aliran salah kepada murid selain meninggalkan kesan yang berbahaya dan berpanjangan pada masa hadapan.