Thursday 13 September 2012

Laman go2homestay.com portal rasmi promosi 'Inap Desa'.

SEREMBAN - Pengusaha rumah inap di negeri ini disarankan supaya memperluaskan rangkaian perniagaan mereka menerusi kemudahan laman portal rasmi www.go2homestay.com bagi mempromosikan produk masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail (gambar) berkata,
langkah itu selari dengan peredaran teknologi, sekali gus memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara mendapatkan maklumat tentang produk mereka melalui Internet.

"Kemudahan e-Pemasaran rumah inap desa yang dilancarkan beberapa tahun lalu ini seharusnya dimanfaatkan oleh para pengusaha ke arah melonjakkan produk masing-masing.

"Apabila mereka memuatkan maklumat pada laman portal rasmi ini, ia akan memudahkan pelancong mengikuti serta membuat tempahan program rumah inap desa dengan mudah tanpa melibatkan orang tengah," katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohammad Razi turut mengingatkan pengusaha yang sudah menggunakan kemudahan tersebut supaya memastikan maklumat termasuk nombor telefon sentiasa dikemas kini.

"Kita perlu mempromosikan rumah inap desa ini secara agresif kerana ia akan membawa manfaat terutamanya bagi masyarakat luar bandar.

"Apabila pengunjung berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, selain pulang dengan pengalaman yang menyeronokkan, mereka pasti akan menceritakan kepada sahabat dan keluarga, secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan orang kampung," ujarnya.

Tambahnya lagi, pengusaha juga digalakkan agar mempelbagaikan produk termasuk dari aspek menonjolkan budaya dan adat resam negeri ini, sekali gus menjadi tarikan dan memiliki keunikan tersendiri.

1 comment:

Kisah Sukses said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT