Tuesday 4 September 2012

5,000 motosikal di Pesta Bike Fest 2012'

PORT DICKSON - Kira-kira 5,000 penunggang motosikal dijangka berkumpul pada pesta 'Port Dickson International Bike Fest 2012' Sabtu ini bagi mempamerkan jenis motosikal termasuk aksesorinya yang terbaik dan terbaharu.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Zaidi Kassim berkata penunggang motosikal dari Eropah, Thailand, Singapura, Brunei dan Malaysia akan berhimpun di acara tersebut yang akan berlangsung di Eagle Ranch Resort di sini.

"Ia akan menjadi acara hujung minggu sensasi dan meriah bagi para penunggang dan bukan penunggang untuk berkongsi pengalaman di Port Dickson. Acara kali ini pastinya lebih besar dan menarik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Acara tahunan ke-10 itu mendapat sokongan kuat daripada Tourism Malaysia, di bawah Kementerian Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Zaidi berkata ia akan menjadi hari dipenuhi dengan pelbagai gerai makanan, aktiviti atau untuk orang ramai melihat berbagai-bagai jenis barangan serta pameran motosikal.

"Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang mengalami suasana sebenar hujung minggu bersama pameran pelbagai jenis motosikal bagi penggemar kenderaan tersebut," katanya.

Menurutnya, tujuan pesta itu diadakan ialah bagi mengwujudkan perasaan setiakawan dan pengiktirafan dalam kalangan penunggang kenderaaan tersebut di peringkat antarabangsa dari Asia dan Eropah selain dapat mempromosikan kebudayaaan, kraftangan dan hidangan makanan tempatan untuk peserta.

Di samping itu, pesta itu juga dapat memperkenalkan Port Dickson sebagai sebuah destinasi dalam kalendar pelancongan negeri ini kepada pelancong antarabangsa, katanya.

- Bernama

1 comment:

Kisah Sukses said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT