Thursday 20 September 2012

Festival motosikal Port Dickson

TELOK KEMANG. - Peserta yang menyertai Festival Motosikal Antarabangsa Port Dickson di Eagle Ranch Resort dekat sini melahirkan rasa gembira di atas kejayaan penganjurannya itu.
Seorang peserta, Anita Yusof, 44 memberitahu, program itu bukan sahaja membawa kenangan tetapi membolehkan mereka berkenalan dengan rakan-rakan yang berminat dalam aktiviti riadah bermotosikal berkuasa tinggi.

''Saya telah melalui pelbagai pengalaman biarpun baru terlibat dalam kegiatan ini pada Jun lalu. Saya dapat ramai kawan baru," katanya dekat sini baru-baru ini.

Katanya, program konvoi bermotosikal merupakan aktiviti sihat dan mengajar erti disiplin, menunggang dengan selamat dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

''Kita menunggang motosikal ini bukan untuk berlumba, tetapi lebih kepada aktiviti santai," katanya.

Katanya, program tersebut dapat meningkatkan sektor pelancongan kerana ia turut menarik minat pelancong asing untuk bersama-sama menyertai konvoi bermotosikal itu.

Sementara itu, Ahmad Said Khamis, 44, berkata, melalui aktiviti itu peserta dapat memahami budaya dan bahasa pelbagai peringkat kaum dan keturunan yang sama-sama aktif dalam program rekreasi ini.

''Biasanya kita akan singgah di kawasan peranginan, menunggang di tepi pantai dan kampung. Ada peserta yang membeli-belah dan ini secara tidak langsung dapat menaikkan ekonomi penduduk setempat," ujarnya.

Bagi pengunjung yang datang ke festival berkenaan, Lewis, 42 dari England berkata, dia seronok kerana dapat bersama-sama 'geng motosikal' di Port Dickson ini.

''Di negara saya, aktiviti sebegini menjadi perkara biasa, malahan banyak kumpulan motosikal yang terlibat. Bila ada aktiviti sebegini dianjurkan di Port Dickson, saya datang dan melihatnya," katanya.

Sebahagian daripada motosikal berkuasa besar yang menyertai Festival Motosikal Antarabangsa Port Dickson di Eagle Ranch Resort, baru-baru ini.

1 comment:

Kisah Sukses said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT