YAB. Menteri Besar dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan tahunan masjid 2013 dan imbuhan sukarelawan di Klana Resort Seremban. kelmarin. |
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, di bawah perbadanan itu kelak unit di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan diambil pengurusannya untuk digerakkan dengan lebih fokus dan terancang.
"Unit Pengurusan Masjid dan Surau di bawah JHEAINS akan diletakkan di bawah perbadanan ini. Kita mahu pengurusannya lebih tersusun dan diberikan pemantauan yang lebih baik.
"Jika sebelum ini terdapat kekangan perjawatan dalam unit ini, apatah lagi memantau dan melihat keperluan 290 masjid dan lebih 1,000 surau di negeri ini, maka perkara itu tidak akan berlaku lagi di bawah perbadanan tersebut.
"Mungkin, di bawah perbadanan itu kelak akan ada unit wakaf dan dakwah," katanya.
Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tahunan masjid 2013 dan imbuhan sukarelawan di sini kelmarin.
Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Razak Mansor dan Pengarah JHEAINS, Datuk Johani Hassan.
Mohamad yang juga Pengerusi MAINS memberitahu, perbadanan itu akan diselia MAINS dan apabila beroperasi sepenuhnya awal tahun hadapan akan ada individu berkelayakan diambil menjaga urusan pentadbiran, kawal selia masjid dan surau serta hal berkaitan dakwah dan sebagainya.
"Kita tidak mahu ada kekangan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam apatah lagi dalam soal agihan duit zakat melalui Baitulmal. Tahun lalu sahaja, Baitulmal mengagihkan pungutan duit zakat sebanyak RM65 juta.
"Angka itu cukup besar dan kita tidak mahu gagal dalam menguruskan kejayaan. Sebagai pemegang amanah untuk agihan zakat, Baitulmal tidak boleh mengagihkan duit zakat itu secara semberono tetapi perlu dilakukan dengan tertib dan betul," katanya.
Beliau menambah, pengwujudan perbadanan itu kelak akan memberikan imej yang lebih baik kepada Baitulmal sekali gus meningkatkan kredibiliti MAINS sebagai majlis agama yang diiktiraf terbaik dalam pengurusan kewangannya oleh Ketua Audit Negara selama empat tahun berturut-turut.
No comments:
Post a Comment