Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, program yang mendapat kerjasama AkzoNobel bertujuan untuk menceriakan kawasan bandar ini melalui kepelbagaian warna.
''Kita akan mengecat lot-lot bangunan, yang pemiliknya telah bersetuju untuk mengikuti program ini, sekali gus menukar wajah baharu untuk bandar ini," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program mengecat bangunan di Jalan Dato' Lee Fong Yee di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Kampung Baru dan Pengangkutan, Datuk Siow Shen Tin dan Pengarah Urusan ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. (AkzoNobel), Goh Cheok Weng.
Jelas Abd. Halim, pemilik bangunan yang bersetuju berbuat demikian hanya dikenakan kos sebanyak RM500, yang mana selebihnya dibiayai pihak MPS.
''Kos sebenar untuk mengecat bangunan ini dianggarkan RM3,000 hingga RM4,000 seunit. Pihak AkzoNobel hanya akan mengenakan harga kos sahaja iaitu RM500 dan selebihnya ditampung pihak MPS," katanya.
Menurutnya, pemilik bangunan diberi kebebasan untuk memilih warna untuk bangunan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.
''Kita ada menawarkan tujuh warna cat dari Akzonobel iaitu kuning, hijau, biru, merah, ungu, biru dan krim untuk para pemilik bangunan terpilih.
''Bangunan yang telah dicat dengan pelbagai warna itu nanti dijangka akan menjadi tarikan kepada penduduk di bandar ini dan juga pelancong yang datang melawat," katanya.
Selain pelancaran program ini, turut diadakan ialah pelepasan anak ikan di kawasan Taman Tasik Bandaraya.
Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment