Van tersebut diserahkan oleh En. Mohd Sofi Hj Jahaya, Naib Presiden Kanan / Ketua Perbankan Islam BSN kepada Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Imam Masjid Taman Paroi Jaya.
Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada BSN kerana telah berjaya menjalankan kewajipan ekonomi sehingga mampu membantu mempertingkatkan kemudahan masyarakat.
Ujar Menteri Besar, seperti yang dilakukan di masjid ini pada hari ini, Kerajaan Negeri dan MAINS mengucapkan terima kasih dan berharap usaha murni dari BSN bukan berhenti setakat ini sahaja dan diteruskan di masa yang akan datang.
Program tanggungjawab sosial korporat bank itu adalah hasil wang zakat perniagaan Skim Perbankan Islam BSN bagi tahun kewangan 2011.
Selain daripada Masjid Kariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan. Masjid-masjid lain yang terpilih adalah Masjid Nurul Iman, Kangar, Perlis; Masjid Lana Bulu, Kedah; Masjid Nurul Iman, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Masjid Jamek An-Najah, Kota Tinggi Johor, Masjid Radiatul Mardziah, Perak; Masjid Ulu Rening, Batang Kali Selangor; Masjid Al Najihin, Cheras dan Masjid Masjidul Rahman, Melaka termasuk Tabung Bantuan Kebajikan Taman Klebang Jaya, Johor.
Jumlah wang zakat perniagaan yang diperoleh BSN tahun lalu adalah RM4.75 juta dan sumbangan 10 van jenazah ini meliputi RM2.26 juta.
Selain pemberian van jenazah kepada masjid-masjid terpilih, pihaknya juga mengagihkan wang zakat itu kepada Pusat Pungutan Zakat setiap negeri, rumah-rumah kebajikan, anak yatim dan golongan asnaf.
Katanya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.
* Untuk lihat gambar-gambar lain, sila klik tajuk dibawah:
No comments:
Post a Comment