Thursday 26 July 2012

MB Berbuka Puasa Bersama Kariah Masjid Kg. Sungai Landak, Ampangan

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Majlis Berbuka Puasa dan Ihya Ramadhan di Kariah Masjid Dato’ Kelana Petra Mubarak Al-Haj, Kampung Sungai Landak, Ampangan, semalam

Didalam ucapannya, berkata “Masjid adalah tempat umat Islam bersatu padu dan tempat umat Islam berkumpul bagi menunaikan ibadat.”

“Oleh itu, jadikan masjid tempat umat Islam memulakan aktiviti dan bukan sekadar tempat untuk bersembahyang dan jangan dibiarkan masjid-masjid ini kosong di waktu lain.”

“Selain berfungsi sebagai tempat untuk beribadat, masjid juga boleh dijadikan tempat untuk menjana ekonomi penduduk setempat dan akan meningkatkan ekonomi umat islam yang semakin tipis dan bocor,” kata beliau lagi selepas sembahyang Maghrib berjemaah, katanya lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan juga mengingatkan umat Islam agar berpegang pada tali Allah.

Tambah beliau, “Masyarakat boleh berbeza pandapat dan pandangan tapi jangan sampai menggadai kan maruah bangsa, negara dan agama.”

Beliau turut menyeru agar umat Islam berjemaah bersama-sama dan tidak tewas di tanah air sendiri. “Hidup perlu bersatu, kukuh dan kuat.”

Terdahulu, beliau menyampaikan peruntukan kepada masjid ini dan surau selain dari menyampaikan sumbangan 60 naskah Al-Quran Wakaf kepada dua buah masjid serta menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dengan sumbangan keseluruhan berjumlah RM167,700.




* Untuk melihat gambar-gambar lain KLIK tajuk dibawah:

No comments: