Monday, 23 July 2012

Barang makanan mencukupi di NS

Orang ramai di negeri ini tidak perlu gusar mengenai bekalan bahan makanan terutama makanan basah kerana ia mencukupi bagi sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya mengambil berat akan keperluan orang ramai khususnya umat Islam sepanjang bulan puasa ini.

"Pada kali ini kita lebih bersedia kerana telah mengadakan langkah proaktif bersama jabatan-jabatan yang berkaitan untuk memastikan kesemua barang yang diperlukan oleh orang ramai bagi menyambut ketibaan Ramadan mencukupi.

"Malah, kita juga telah meminta agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memantau semua barangan yang diperlukan agar ia sentiasa mencukupi," katanya di sini kelmarin.

Bagaimanapun kata beliau, sekiranya barangan makanan tidak mencukupi, pihaknya akan mengimportnya bagi memenuhi keperluan pengguna.

No comments: