Monday 31 December 2012

2013 tahun mendakap puncak jaya

SEREMBAN - Tepat jam 12 tengah malam ini, seluruh dunia mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2012 dan selamat memasuki 2013 tahun baru yang diharap mencapai puncak jaya.

Di sebalik pelbagai acara sambutan yang dibuat seluruh dunia, kerajaan negeri bertambah komited memikirkan masa hadapan rakyat agar tahun

Sunday 30 December 2012

Ayuh bersama pacu kecemerlangan NS

SEREMBAN  - Rakyat terus diajak memacu negeri ini dalam nada harmoni dan saling hormat menghormati supaya kecemerlangan dapat terus dibina, sekali gus membawa kehidupan bertambah sejahtera dan kekal aman sentiasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keharmonian kaum perlu terus dikekalkan ketika negara sedang melalui fasa kedua era 50 tahun selepas kemerdekaan apatah lagi dalam memburu status negeri maju pada 2020.

Monday 24 December 2012

BANDARAYA SEREMBAN: Persediaan sedang diatur sebelum isytihar.

SEREMBAN - Segala persediaan sedang diatur oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebelum kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu diisytiharkan sebagai bandar raya Seremban.

Yang Dipertua MPS dan MPN Datuk Abd Halim Abd Latif berkata penggabungan kedua-dua PBT ini menjadi bandar raya perlu penelitian.

"Penelitian tersebut termasuk dari segi kewangan, penduduk, cukai,

Sunday 23 December 2012

TKC Berpindah Ke Nilai 1 Jan Depan

NILAI - Kolej Tunku Kurshiah akan (TKC) akan berpindah secara rasmi ke kompleks baharu di Bandar Enstek di sini pada 1 Jan depan.

Sebelum ini ia terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.

Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud berkata TKC kini memiliki kawasan seluas 17.4 hektar yang dibina dengan kos kira-kira RM75 juta dan

Saturday 22 December 2012

Perbaiki kelemahan perkhidmatan awam - MB

SEREMBAN - Meskipun prestasi perkhidmatan awam di negeri ini berada pada tahap memuaskan, namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki ke arah memberikan khidmat terbaik, berkualiti dan efisien kepada orang ramai.

Thursday 20 December 2012

NS catat peningkatan prestasi calon PMR

SEREMBAN - Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah 2012 secara keseluruhan apabila mencatatkan penurunan Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 2.65 berbanding 2.66 peratus pada tahun lalu.

Berdasarkan statistik, seramai 19,538 calon

Wednesday 19 December 2012

Bangunkan 20 pekan kecil di NS

SEREMBAN – Pekan kecil dan kawasan pertumbuhan baru akan dibangunkan secara berperingkat supaya dapat diseimbangkan antara bandar dan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kajian dijalankan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri dengan kerjasama

Saturday 15 December 2012

Gangguan bekalan air di Jelebu Isnin ini

SEREMBAN - Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata

Friday 14 December 2012

6,786 kakitangan awam NS dapat bonus

SEREMBAN - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan untuk membayar bonus sebanyak satu setengah bulan gaji kepada 6,786 orang kakitangan awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bayaran bonus

Thursday 13 December 2012

130 sertai Minda Sihat Warga Emas

SEREMBAN  - Lebih 130 orang pelbagai kaum dan peringkat umur daripada pertubuhan yang bergabung di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) negeri ini menyertai program Jom Relaks: Minda Sihat Warga Emas di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua NCWO negeri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin berkata,

Wednesday 12 December 2012

Pasar Karavan Pertama Di Negeri Sembilan Operasi Januari 2013


SEREMBAN -- Pembinaan Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini kini siap 95 peratus dan dijangka mula beroperasi pada hujung Januari 2013.

Pakar adalah konsep baharu pasar tani yang diperkenalkan oleh

NS tumpu jayakan TMM 2013/2014

SEREMBAN - Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk menganjurkan beberapa acara besar bagi menyemarakkan program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2013/2014.

Tuesday 11 December 2012

NegeriFM pungut derma untuk Aman Palestin

SEREMBAN  - Prihatin dengan nasib saudara Islam di Gaza, Palestin, Radio Malaysia Negeri FM melancarkan tabung Aman Palestin dalam usaha mengumpul dana untuk membantu meringankan penderitaan rakyat di Semenanjung Gaza.

Pengarah Penyiaran negeri, Norbaiyah Baharudin berkata,

Monday 10 December 2012

Rumah Pangsa Awam Akan Berubah Wajah - KPKT

Datuk Seri Chor Chee Heung
SEREMBAN, Kediaman rumah pangsa awam di seluruh negara yang sebelum ini sering dikaitkan dengan suasana tidak selesa dan kurang terurus bakal berubah wajah apabila projek Kejiranan Indah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaksanakan.

Saturday 8 December 2012

Berhati-Hati Di Musim Tengkujuh - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengingatkan penduduk yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir supaya sentiasa berhati-hati sepanjang musim tengkujuh ini.

Beliau berkata mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan keluarga terutamanya kanak-kanak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini

Friday 7 December 2012

Daftar permohonan PR1MA secara online.

Petaling Jaya: Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (dalam talian) mulai Sabtu ini, bagi proses pengundian.

Ia menggantikan sistem manual secara pos yang digunakan sebelum ini dan boleh diakses melalui

Waspada risiko tanah runtuh - MB


SEREMBAN - Penduduk sekitar negeri ini yang menetap berhampiran kawasan cerun dan tebing dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga terutamanya sepanjang musim hujan kerana dikhuatiri berisiko dilanda tanah runtuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,

Thursday 6 December 2012

MB laksana Dasar Pencahayaan Negeri

RASAH - Idea untuk melaksanakan Dasar Pencahayaan Negeri (DPN) tercetus tiga tahun lalu selepas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membaca berita tentang kemalangan jalan raya yang berpunca daripada jalan gelap kerana ketiadaan lampu.

Mohamad berkata, kematian seorang bilal sebuah masjid di Johol,

Askar Wataniah diingatkan supaya sentiasa siap siaga.

SEREMBAN: Sukarelawan yang menyertai Askar Wataniah diingatkan supaya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia berkhidmat apabila diperlukan kelak.

Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sembilan, Brigadier Jeneral (Kehormat) Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan berkata, tahap kekuatan mental dan fizikal hendaklah kental apatah lagi apabila memikul tanggungjawab mempertahankan keamanan negara.

Tuesday 4 December 2012

Nestle buka kilang bijirin RM124j di Chembong

REMBAU - Nestle Malaysia Bhd. (Nestle) melabur sebanyak RM124 juta untuk membuka sebuah kilang pemprosesan bijirin sarapan di Chembong, di sini bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan rantau Asia.

Pengarah Urusannya,

Monday 3 December 2012

Cari formula baharu didik anak

TELOK KEMANG - Formula baharu mendidik anak perlu dicari oleh ibu bapa agar usaha itu selari dengan perubahan persekitaran dan kematangan berfikir.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kaedah konvensional yang diguna pakai sebelum ini mungkin tidak lagi relevan

Sunday 2 December 2012

Negeri Sembilan Kembali Dilanda Banjir - MKN


Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi Ahad seramai 150 orang termasuk mangsa di Johor dan Selangor.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan jumlah mangsa

Tuesday 27 November 2012

YNS tawar insentif menarik

SEREMBAN  - Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan terus memberikan tumpuan kepada bidang pelajaran dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu melonjakkan pencapaian para pelajar negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,

Thursday 22 November 2012

Utamakan anak kelahiran NS

DSU Hj.Mohamad Hj.Hasan

SEREMBAN - Kerajaan negeri mahu kuota 30 peratus penempatan pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke asrama penuh di negeri ini, diisi dengan anak kelahiran Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah dipanjangkan ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh,

Bengkel Seri Sembilan bantu OKU

SEREMBAN - ''Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini, bukan ku minta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati."

Apabila mendengar bait lagu ini, pasti hati akan tersentuh, apatah lagi dinyanyikan dengan melodi muzik yang penuh emosi.

Wednesday 21 November 2012

Kempen Cara Hidup Sihat NS

REMBAU - Orang ramai seringkali mengabaikan gejala penyakit tidak berjangkit kerana tiada tanda awal sehinggalah pesakit sampai ke tahap kronik.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Zainuddin Mohd. Ali berkata, sindrom alpa itu kadangkala dipandang remeh,

Tuesday 20 November 2012

Keputusan UPSR NS mencatat peningkatan sebanyak 2.6 peratus

SEREMBAN - Seramai 2,197 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berjaya mencatatkan keputusan penuh 5A atau 7A.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata,

Monday 19 November 2012

Teater 'Kaba Kasih Menanti' di Seremban

Mohamed Adnan Hamzah
SEREMBAN - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)Negeri Sembilan akan mengadakan pementasan teater 'Kaba Kasih Menanti' di auditoriumnya di Jalan Sungai Ujong di sini, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Timbalan Pengarahnya Nik Mohd Fadly Nik Mat berkata pementasan itu antara lain bertujuan menarik minat generasi muda menghargai dan menghayati seni pentas warisan Negeri Sembilan.

Friday 16 November 2012

Jadikan hijrah Rasulullah SAW sebagai satu iktibar - MBNS

SEREMBAN  - Umat Islam disaran supaya berjihad secara relevan ke arah merealisasikan pengertian Hijrah dalam zaman serba moden ini demi kesejahteraan bangsa, agama dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, konteks Hijrah dalam Islam iaitu membawa perubahan ke arah kebaikan tidak mampu

Tuesday 13 November 2012

Kompaun RM1,000 buang sampah

SEREMBAN  - Individu yang membuang sampah di tempat awam bakal dikenakan kompaun mencecah RM1,000 oleh pihak penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Pengarah PPSPPA negeri, Mohd. Azhar Abdul Hamid berkata, tindakan itu dijalankan melalui penetapan dan pelaksanaan di bawah

Orkestra Simfoni Muda Negeri Sembilan ditubuhkan

SEREMBAN  - Orkestra Simfoni Muda akan ditubuhkan di bawah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bagi melatih dan menarik minat golongan muda menceburi bidang muzik secara profesional.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan sebanyak RM2 juta akan disalurkan melalui yayasan ini tahun hadapan supaya kumpulan orkestra simfoni muda ini dapat ditubuhkan segera.

Friday 9 November 2012

Banjir masih terkawal di NS.

SEREMBAN - Keadaan banjir di negeri ini terkawal apabila kesemua mangsa yang dipindahkan awal pagi tadi di pusat pemindahan banjir Kampung Keru Hilir, Tampin, sudah pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, seramai 34 orang dari sembilan keluarga

Thursday 8 November 2012

Tuanku Aishah Rohani ceriakan hari kanak-kanak

SEREMBAN: Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012 peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini hari ini.

Ketibaan baginda disambut oleh isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin

Monday 5 November 2012

12,000 pelajar NS khatam al-Quran

SEREMBAN - Usaha kerajaan negeri melahirkan insan intelek yang berkemahiran dalam ilmu pembacaan al-Quran dibuktikan apabila hampir 12,000 pelajar tahun enam seluruh negeri ini berjaya katam al-Quran pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,

Friday 2 November 2012

Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk di Kuala Pilah, Ahad ini

SEREMBAN - Seramai 500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai Pertandingan Seni Suara Burung Merbuk peringkat Mini Asean 2012 di Seri Menanti, Kuala Pilah, Ahad ini.

Pertandingan itu anjuran bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Kuala Pilah.

Pusat latihan tinju bakal diwujudkan di Felda

JEMPOL - Beberapa pusat latihan tinju bakal diwujudkan di kawasan-kawasan Felda bagi memperkenalkan sukan
berkenaan dalam kalangan generasi muda Felda sekali gus mencungkil bakat baharu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, dengan adanya pusat latihan itu anak-anak Felda yang

Thursday 1 November 2012

Cabaran 4x4 di atas pasir Telok Kemang

TELOK KEMANG - Sebanyak 16 kenderaan pacuan empat roda (4x4) mengambil bahagian dalam Port Dickson International Sand Challenge (PDISC) 2012 bagi merebut Piala Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Pantai Cahaya, Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Acara 4x4 di atas pasir itu bukan sahaja yang pertama di

Wednesday 31 October 2012

Pelaksanaan AES sesuatu yang baik - DSU Hj.Mohamad Hj.Hasan

SEREMBAN - Apa juga usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini termasuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah sesuatu yang baik dan berkesan.

Demikian menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan yang menegaskan bahawa pemasangan AES ini bukan seperti tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan

Tuesday 30 October 2012

Kawasan didakwa ada emas diarah tutup

SEREMBAN - Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

Tindakan tegas guna racun, bom tangkap ikan

SEREMBAN  - Jabatan Perikanan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menjalankan kegiatan menangkap ikan melalui kaedah terlarang terutamanya di sungai sekitar negeri ini.

Monday 29 October 2012

Alasan cari kerja

SEREMBAN - “Sudah genap dua minggu isteri saya tidak pulang” luah Jalaludin Nordin, 58, berhubung isterinya, Ani Hadijah Lili Sutarli, 44, yang menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Thursday 25 October 2012

YNS tumpu belia, pendidikan

SEREMBAN - Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan distrukturkan semula bagi memastikan teras perkhidmatannya yang sebelum ini tertumpu kepada pendidikan diperluaskan kepada pembangunan belia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peranan

SAINS Lancar Skuad Tindakan Pantas

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) melancarkan skuad tindakan pantas bagi membolehkan petugas syarikat itu bergerak dengan pantas dan efisien dalam menangani aduan mengenai perkhidmatan bekalan air.

Tuesday 23 October 2012

OKU dikecualikan yuran pendaftaran perniagaan

KUALA LUMPUR - Khabar gembira buat golongan orang kurang upaya (OKU) apabila kerajaan mengumumkan yuran pendaftaran dan pembaharuan sijil perniagaan secara percuma untuk mereka bermula hari ini.

Wednesday 17 October 2012

Kedududkan kewangan NS, baik.

SEREMBAN - Kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah baik dengan Kumpulan Wang Disatukan pada tahun lalu berjumlah RM350.77 juta dan mengalami peningkatan sejumlah RM30.79 juta iaitu 9.6 peratus berbanding tahun 2010.

Monday 15 October 2012

Gangguan air di Kuala Pilah dan Rembau, Selasa.

SEREMBAN - Penduduk di sekitar Kuala Pilah dan Rembau bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan berkenaan Selasa ini.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kerja penyelenggaraan dan mencuci membabitkan LRA Bukit, LRA Kuala Pilah dan LRA Pedas Lama, Rembau.

Wednesday 10 October 2012

Bahasa "rojak" hakis kekuatan bahasa kebangsaan - TPM


NILAI - Penggunaan Bahasa Melayu “rojak" yang berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah satu kes kehilangan bahasa, yang mana jika tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa itu sendiri.

Bomoh didakwa amal nikah batin

SEREMBAN – Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tiga tuduhan termasuk menjalankan upacara nikah batin dengan seorang wanita di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini pada bulan lalu.

USIM himpun cendekiawan

SEREMBAN  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menghimpun golongan cendekiawan dan profesional dari dalam dan luar negara menerusi penganjuran Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam (ICIL) 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Monday 8 October 2012

Penilaian Menengah Rendah bermula esok.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 481,424 calon akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok sehingga 16 Okt ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.