Saturday 28 July 2012

Sumbangan MAINS dihulur sepanjang Ramadhan


REMBAU - Masjid Kampung Pilin, Kundur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.semalam.

Pada majlis itu, MAINS mengambil kesempatan memberikan sumbangan berjumlah RM87,000.00 kepada asnaf dan fakir miskin dan diserahkan oleh YAB. Menteri Besar yang juga merangkap sebagai Pengerusi MAINS.

Didalam ucapan beliau, “Tahun lepas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah berjaya mengumpul sebanyak RM58 Juta. Duit inilah Pusat Zakat melalui Baitulmal telah mengagihkan kepada asnaf yang lapan"


“Baitulmal Negeri Sembilan telah mejalankan tugas dengan amanah. Mereka berjaya mengagih dan menguruskan zakat dengan baik,” ujar Menteri Besar. 

Tambah beliau, “Saya berdoa agar negara dan Negeri Sembilan dapat dibangunkan dengan lebih baik lagi kerana dengan pembangunan, banyak pelabur datang membuat pelaburan. Faedah dari pelaburan inilah yang dapat meningkatkan ekonomi negeri seterusnya turut dapat membantu rakyat di negeri ini.”

Menteri Besar turut menyerahkan 60 Naskah Al-Quran wakaf dan RM500.00 kepada nazir Masjid Qariah Kampung Pilin yang disumbangkan oleh MAINS pada majlis tersebut.

Beliau juga menyerahkan 60 Naskah Al-Quran wakaf dan RM500.00 kepada nazir Masjid Qariah Kampung Pilin yang disumbangkan oleh MAINS dan meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 sebagai kos penyelenggaraan membaiki Masjid Pilin, Kundur.

Di majlis sama, beliau bersama masyarakat setempat serta menunaikan solat maghrib berjemaah serta majlis tahlil ringkas sebelum menunaikan solat Isyak dan solat tarawikh berakhir dengan moreh.

Hadir sama, Tn Hj Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau, Tn Zaifulbahri bin Idris dan isteri, ADUN Kawasan Chembong dan Dato’ Dr. Haji Awaludin Bin Hj. Said dan isteri, ADUN Kawasan Kota.


LIHAT GAMBAR-GAMBAR LAIN DENGAN KLIK TAJUK DIBAWAH:

No comments: