KUALA PILAH - Apam, sejenis kuih gebu yang biasanya diperbuat daripada tepung beras dan dicampur ragi, santan serta gula, memang kuih yang digemari ramai.
Antara yang popular ialah Apam putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi, Apam Malaysia dan Apam Polkadot.
Sejenis apam di Negeri Sembilan, yang dinamakan Apam Johol, turut menjadi kegemaran ramai kerana keunikannya dan cara tradisional untuk proses penyediaannya.
Asal Apam Johol
Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini.
Menurut Ketua Kampung, Kampung Masjid Tua, Johol, Amirudin Ismail, 59, pada mulanya kuih ini selalu dihidangkan pada majlis jamuan sekitar kawasan Johol dan daerah Kuala Pilah sahaja.
Katanya, apabila ada pihak yang ingin mengadakan majlis atau keraian, kuih apam akan ditempah dari beberapa orang pengusahanya (pembuat kuih) di Johol.
"Memandangkan kuih ini mendapat sambutan baik dan mula digemari, akhirnya ia mendapat perhatian anggota Dewan Undangan Negeri Johol Allahyarham Datuk Roslan Md Yusof.
"Allahyaham meminta pengusaha kuih itu untuk mengekalkan ciri-ciri tradisi kuih berkenaan iaitu pembungkusannya menggunakan daun rambai, warnanya coklat muda, tepung yang digunakan tepung gandum dan gulanya pula gula merah atau gula Melaka," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Katanya, untuk mempopularkan makanan itu, Roslan memperkenalkannya semasa ucapan penangguhan beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan tahun 2005 ketika menyentuh perkara berkaitan pelancongan dan makanan tradisional Negeri Sembilan.
Cara tradisional
Dalam ucapan itu, Roslan menjelaskan mengenai ciri-ciri tradisional yang terdapat pada kuih apam itu dan menamakannya apam Johol, kata Amiruddin yang memberitahu bahawa selepas diberi nama apam Johol, kuih itu mula mendapat tempat malah di luar pasaran Johol.
"Asalnya orang kampung menamakan kuih ini sebagai apam daun rambai kerana ia dibalut dengan daun pokok itu. Tujuan ia dibungkus sedemikian sebab masa itu kita tak ada cara pembungkusan yang moden, jadi kita gunakan daun rambai dan daun rambai pula didapati paling sesuai jika dibandingkan dengan daun lain termasuk daun pisang," katanya.
Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang merasakan tidak lemgkap sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.
Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak terlalu manis.
Selain itu, apam ini mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.
Apam Johol digemari ramai
Seorang pengusaha apam Johol dari Kampung Masjid Tua, Jaafar Aziz, 46, berkata kuih ini bukan saja digemari oleh penduduk setempat malah turut digemari Raja-Raja Melayu serta pemimpin negara.
"Kuih ini bukan setakat orang kampung, malahan Raja-Raja seperti kerabat Sultan Perlis, Pahang, Selangor dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga merasai apam ini.
"Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merasai apam Johol semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu," katanya.
Jaafar berkata berbanding apam lain, keunikan apam Johol ini adalah ia dibungkus dengan daun rambai dan ini menjadi satu daripada identitinya, selain menambah aromanya.
Katanya, walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus, tetapi apam Johol ini boleh bertahan lama berbanding apam yang lain.
Apam Johol terus digemari
Jaafar berkata proses membuat apam Johol ini tidaklah begitu rumit seperti yang disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni kerana daun rambai harus digunting elok bagi memastikan apam Johol yang dikukus nampak cantik dan kemas.
Buat masa ini beliau mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 biji apam sehari dan adakalanya mencecah 4,000 biji sehari terutama apabila ada majlis rasmi kerajaan negeri, keraian dan tempahan dari hotel di sekitar Negeri Sembilan dan juga luar.
"Bagaimanapun hanya beberapa orang sahaja di Johol yang diperakui dapat menghasilkan kuih apam Johol ini yang benar-benar menjadi. Ada juga yang cuba-cuba meniru tetapi tidak berapa menjadi kerana ada juga rahsia yang tidak diturunkan oleh pembuat asalnya.
"Kuih apam Johol yang benar-benar menjadi, akan berbau wangi, lembut, tidak terlalu manis, merekah di bahagian atasnya, berwarna coklat muda dan boleh tahan sehingga tiga atau empat hari jika disimpan dengan baik," katanya.
Jaafar berkata sejak dipopularkan, beliau memperoleh pendapatan yang lumayan dan beliau bercadang untuk memperbesar perusahaan ini.- Bernama
1 comment:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT
Post a Comment