Tuesday 24 July 2012

Tuanku Muhriz di majlis berbuka puasa Menteri Besar

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al-marhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Pekeliling, Seremban, malam tadi.

Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin serta Dato’ Undang Yang Empat dan Tuanku Besar Tampin.

Sesudah berbuka, acara di teruskan dengan sembahyang Maghrib berjemaah serta Solat Sunat Tarawih di surau Kediaman Rasmi Menteri Besar di imamkan oleh Sheikh Dr. Solah Mohd Zaki Al-Qadiri, Pakar Rujuk Al-Quran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Majlis diakhiri dengan jamuan ‘moreh’.

Turut sama berangkat di majlis tersebut, Dato’ Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin dan dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tengku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tengku Zain Al’Abidin Tuanku Muhriz.

Selain itu, juga hadir Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua- ketua Jabatan peringkat Negeri Sembilan dan Persekutuan dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)


No comments: