Tuesday 16 April 2013

Calon BN Negeri Sembilan disaring rapi

Upacara Pengumuman Senarai Calon Barisan Nasional Oleh DS Hj.Mohamad
Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, hari ini.
SEREMBAN - Semua calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang telah diumumkan bagi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telah melalui proses saringan rapi termasuk dikaji latar belakang mereka.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan seseorang calon juga dinilai dan dibincangkan antara semua pimpinan parti komponen BN bagi memastikan calon tersebut adalah yang terbaik dan mampu menang di kawasan tersebut.


"Semua nama-nama yang dikemukakan di peringkat bahagian dan parti komponen melalui proses saringan ini dan pimpinan atasan telah memilih calon terbaik untuk membawa kemenangan kepada BN pada PRU-13.

"Oleh itu, mari kita rapatkan barisan kerana yang penting nanti ialah kita mesti pastikan BN menang walaupun mungkin ada yang terkilan dan tidak berpuas hati tetapi demi parti kita, marilah kita bersama untuk pastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumum dan menyampaikan watikah pelantikan calon BN Negeri Sembilan bagi PRU-13 di kediaman rasminya, di sini hari ini.

Pada pengumuman itu BN menampilkan 21 muka baharu selain muka-muka lama yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Pada PRU lalu, BN memenangi empat kerusi Parlimen dan 21 kerusi DUN.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, gabungan calon yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan hari ini merupakan gabungan terbaik yang terdiri daripada pelbagai golongan lapisan masyarakat.

"Calon kita terdiri daripada golongan profesional, aktivis masyarakat dan belia yang melambangkan kepelbagaian dan ini merupakan satu pasukan yang amat baik di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana anggota parti yang tidak dicalon atau digugurkan untuk bersama-sama berganding bahu membantu memastikan kemenangan kepada semua calon BN. - Bernama


SENARAI PENUH CALON PRU13 BN N.SEMBILAN KLIK SINI 








No comments: