Thursday 25 October 2012

SAINS Lancar Skuad Tindakan Pantas

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) melancarkan skuad tindakan pantas bagi membolehkan petugas syarikat itu bergerak dengan pantas dan efisien dalam menangani aduan mengenai perkhidmatan bekalan air.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri Datuk Ismail Lasim berkata penubuhan skuad itu adalah antara usaha berterusan Sains ke arah penambahbaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Dengan menggunakan motosikal, petugas unit pembaikan Sains dapat menyingkatkan lagi tempoh untuk sampai ke destinasi pengadu dan justeru melaksanakan kerja pembaikan dengan cepat," katanya pada majlis pelancaran skuad tindakan pantas Sains di sini, pada Selasa lalu.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Operasi Sains No'man Harun. Ismail berkata setakat ini skuad tindakan pantas Sains akan beroperasi di daerah Seremban, Port Dickson, Tampin dan Jelebu dengan menggunakan 11 buah motosikal Honda EX5 yang dibuahsuai bagi membolehkan peralatan kerja pembaikan dibawa oleh petugas berkenaan.

Selain itu, katanya, Sains juga telah meningkatkan keupayaan pusat panggilannya untuk menerima dan menguruskan aduan yang diterima. -- BERNAMA

No comments: