Tuesday 14 August 2012

8 Pasar tani sempena Aidilfitri dibuka

SEREMBAN- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuka lapan pasar tani bagi kemudahan orang ramai di negeri ini mendapat barang keperluan sempena perayaan Aidilfitri kali ini.

Pengarah Fama Negeri, A. Rahaman Suleiman berkata kesemua pasar tani itu dibuka dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari. 

Ia terletak di Pekan Rembau, Pekan Nilai (hadapan kedai Mara), Jelai (depan D’Mart), Tampin (belakang Giant, Jalan Tampin-Seremban), Bandar Seri Jempol (bersebelahan Taman Awam), Pekan Kuala Pilah (Jalan Kuala Pilah-Bahau), Ampangan (Jalan Seremban-Kuala Pilah) dan Batu 4, Port Dickson.

Pasar di Pekan Rembau akan dibuka Jumaat ini, Pekan Nilai (Sabtu) Jelai (Sabtu), Tampin (Khamis), Bandar Seri Jempol (Jumaat), Pekan Kuala Pilah (Sabtu), Ampangan (Selasa) dan Batu 4, Port Dickson (Jumaat).

A. Rahaman Suleiman juga memberi jaminan bahawa barangan di pasar tani berkenaan seperti produk asas tani, ayam, daging dan kelapa adalah mencukupi.

-Bernama

No comments: