Wednesday 29 August 2012

Pameran Kekejaman Pengganas Komunis Di Muzium NS Dari 3 Sept-30 Nov

SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini selama tiga bulan mulai 3 Sept ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55. 
Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan diorama (model) ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.

Beliau memberitahu Bernama di sini pada Selasa, selain itu, satu lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 Sept.


Katanya pameran ATM ini akan menampilkan 'mock-up' pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM.

Shamsuddin berkata forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 Sept.

-- BERNAMA

No comments: