Tuesday 28 August 2012

Kejohanan 'Olimpik Istimewa' N.Sembilan Pada 31 Ogos

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan 'Olimpik Istimewa' selama tiga hari bertujuan melibatkan atlet orang kurang upaya (OKU) di bidang sukan di sini mulai 31 Ogos ini.
Pengarah JKM negeri, Abdullah Hanapi berkata acara tersebut di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini akan disertai seramai 600 orang pegawai dan OKU seluruh negeri di bawah program pemulihan dalam komuniti (PDK) jabatan itu.

"Kejohanan bagi memberi peluang kepada atlet OKU yang bermasalah pembelajaran melibatkan diri dalam bidang sukan selain menjadikan sukan sebagai pemangkin kepada integrasi, pemulihan dan pembangkit kenyakinan kepada OKU bermasalah intelek," katanya di sini, Selasa.

Menurut beliau, empat acara akan dipertandingkan pada kejohanan dwi tahunan itu iaitu bola sepak, olahraga, acara padang dan tenpin boling.

Kejohanan dijangka dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban manakala, penutupnya oleh Ketua Pengarah JKM, Norani Mohd Hashim di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

-- BERNAMA

No comments: