Tuesday 7 August 2012

Polis Seremban beri nombor khas untuk lapor balik raya di kampung

SEREMBAN – Polis daerah Seremban menyediakan dua nombor telefon untuk kemudahan penduduk memberikan maklumat sebelum meninggalkan rumah berhari raya di kampung atau luar daerah.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata mereka hanya perlu memberikan maklumat nama, alamat rumah, nombor telefon bimbit dan tempoh percutian Aidilfitri mereka apabila menghubungi nombor berkenaan.

Untuk talian tetap bilik gerakan polis, nombornya ialah 06-6014999 atau untuk khidmat pesanan ringkas, nombor yang diberikan 012-6062702.

Satu lagi pilihan ialah dengan menghubungi balai polis terdekat untuk memudahkan pemantauan polis dalam usaha mengurangkan jenayah di kawasan perumahan semasa cuti perayaan, katanya di sini hari ini.

Saiful Azly berkata selain polis, orang ramai juga boleh memaklumkan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan masing-masing.

“Tahun lepas, apabila kita buat macam ini, kawasan perumahan yang tiada KRT dan SRS paling banyak berlaku kejadian pecah rumah, manakala mereka yang memaklumkan kepada kami serta KRT dan SRS, tiada kejadian pecah rumah,” katanya.

1 comment:

The World of Islam said...

Salam perjuangan warigh nogori. Blog ini telah sey pautkan dalam blog sey.bolehlah pautkan blog sey jugak yo...www.myhomesoil.blogspot.com terima kasih , salam perjuangan!