Monday 19 November 2012

Teater 'Kaba Kasih Menanti' di Seremban

Mohamed Adnan Hamzah
SEREMBAN - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)Negeri Sembilan akan mengadakan pementasan teater 'Kaba Kasih Menanti' di auditoriumnya di Jalan Sungai Ujong di sini, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Timbalan Pengarahnya Nik Mohd Fadly Nik Mat berkata pementasan itu antara lain bertujuan menarik minat generasi muda menghargai dan menghayati seni pentas warisan Negeri Sembilan.


"Pementasan teater ini bermula pukul 8.30 malam dan masuk adalah percuma," katanya di sini, hari ini.

Teater itu mengisahkan kasih seorang ibu yang tidak sanggup membunuh anaknya yang dikatakan membawa malang kepada keluarga dan demi kesejahteraan keluarga, menghanyutkan anaknya itu ke laut.

Si ibu bagaimanapun yakin anaknya selamat dan menanti kepulangannya.

Antara pelakon yang menjayakan teater itu ialah Radhi Yusuf, Eliza Mustafa, Mazdar dan Khamsah Abdullah.

Teater diarah Pengarah JKKN Negeri Sembilan Mohamed Adnan Hamzah. - Bernama

No comments: