Thursday 22 November 2012

Utamakan anak kelahiran NS

DSU Hj.Mohamad Hj.Hasan

SEREMBAN - Kerajaan negeri mahu kuota 30 peratus penempatan pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke asrama penuh di negeri ini, diisi dengan anak kelahiran Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah dipanjangkan ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh,
Kementerian Pelajaran agar kuota itu diberikan keutamaan dalam menempatkan pelajar ke sekolah berasrama penuh di negeri ini.

''Kerajaan sudah memohon kepada Kementerian Pelajaran dan kita akan pantau perkembangan ini, malahan saya mahu anak negeri ini yang berjaya dalam UPSR diberikan keutamaan dahulu untuk belajar di sekolah asrama penuh yang banyak terdapat di sini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco,semalam.

Beliau berkata, perkembangan itu merupakan satu kesinambungan hasrat kerajaan melahirkan insan gemilang, cendekiawan dan ilmuan di kalangan anak negeri supaya imej Negeri Lembah Ilmu itu dapat berkembang pesat.

No comments: