SEREMBAN – Kompleks Belia dan Sukan Paroi kini dilengkapi padang rumput tiruan jenis ‘fieldturf’ sekali gus menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, padang rumput tiruan yang bernilai RM2.5 juta itu akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini.
“Padang bola sepak rumput tiruan ini telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.
“Padang ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks ini untuk orang ramai bersukan dan beriadah,” katanya ketika melawat padang bola sepak rumput tiruan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali.
Menurutnya, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.
“Dalam tempoh 15 tahun penggunaannya, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak lima peratus dan padang ini boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun sama ada panas atau hujan.
“Para pengunjung boleh menikmati kemudahan rekreasi ini dan kita mahu ianya dapat dirasai orang ramai ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah di kompleks sukan ini,” katanya.
Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.

DS Mohamad mencuba bermain bola sepak di padang rumput tiruan di Kompleks Belia dan Sukan, kelmarin.
No comments:
Post a Comment