Wednesday 27 February 2013

PR1MA Seremban Utara boleh akses ke Lekas


SEREMBAN  - Satu persimpangan baharu dan laluan masuk membabitkan kawasan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Utara dekat sini bakal memberi akses ke Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja pembinaan di dua laluan yang telah dimulakan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan
Temiang, Sikamat, Ampangan, Nilai, Mambau, Senawang, Paroi dan Lobak.

''Kawasan Seremban Utara ini dinamakan untuk menunjukkan kawasan di Ulu Temiang. Oleh kerana PR1MA ini menunjukkan pembangunan terancang, maka kita namakan kawasan perumahan baharu itu sebagai PR1MA Seremban Utara manakala di bandar pula dinamakan PR1MA Seremban Sentral.

''Kemudahan ini merupakan satu lagi alternatif kepada laluan masuk dan keluar di kawasan bandar Seremban di mana aksesnya melalui Lekas," ujarnya sewaktu menyaksikan permulaan kerja di persimpangan itu di Temiang, dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Kota Sdn. Bhd, Tan Sri Dr. Gan kong Seng.

No comments: