Friday, 24 August 2012

Tujuh laluan maut di NS

SEREMBAN – Sebanyak tujuh laluan maut di negeri ini dikenal pasti Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Pengarahnya, Mohd Rusdi Ismail berkata, berdasarkan laporan diperolehi, laluan berisiko tinggi tersebut meliputi kesemua tujuh daerah di negeri.

“Laluan dikenal pasti ialah Jalan Seremban – Tampin, Jalan Seremban – Port Dickson, Kilometer (KM) 2 – 7 Jalan Tampin – Gemas, KM 2.22 Jalan Rembau – Kemayan, Jalan Bahau – Rompin, KM2.12 Kuala Pilah – Bahau dan Jalan Seremban – Kuala Pilah.

“Kesemua laluan ini berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan maut meskipun bukan di musim perayaaan,” katanya kepada pemberita.

No comments: