Friday 3 August 2012

OCPD Jempol ditukar.

Supritendan Mohd. Sabri Muhamad
JEMPOL 2 Ogos - Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad semalam menyerahkan tugasnya kepada Supritendan Hamzah Alias dalam satu majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat polis berkenaan di sini, semalam.

Mohd. Sabri yang telah berkhidmat lebih tiga tahun di ibu pejabat polis daerah (IPD) itu akan bertukar ke Cawangan Veteran di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Manakala Hamzah sebelum ini yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merupakan antara pegawai yang terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara bergolak selatan Sudan.

Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan.

No comments: