Thursday 9 August 2012

Menjelang Aidilfitri, bekalan keperluan mencukupi.


Bekalan barangan keperluan di negeri ini masih mencukupi dan kerajaan negeri turut menyediakan bekalan barangan tambahan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Malahan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyenaraikan 20 jenis barangan keperluan di mana ianya berada
dalam harga kawalan bermula minggu hadapan sehingga 26 Ogos ini.

Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.

Tegas beliau, ini bagi memastikan harga barangan tidak dimanipulasikan oleh pedagang-pedagang mahupun peniaga-peniaga dan mereka ini diingatkan supaya meletakkan harga barang.

“Tidak timbul soal di mana barang-barang ini tidak mencukupi dan di negeri ini tiada laporan menyatakan kekurangan bekalan barangan keperluan,” kata beliau.

No comments: