SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini selama tiga bulan mulai 3 Sept ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.
Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan diorama (model) ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.Katanya pameran ATM ini akan menampilkan 'mock-up' pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM.
Shamsuddin berkata forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 Sept.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment