Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, jasa dan sumbangan mereka seharusnya dikenang setiap rakyat di negara ini apatah lagi kesanggupan mereka meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.
"Pasukan keselamatan banyak berkorban kepada negara untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Mereka sanggup bekerja di perbatasan negara, hutan dan sebagainya serta terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.
"Kita amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya dan sumbangan bungkusan kuih raya ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kerajaan negeri kepada mereka," katanya.
Hadir sama, Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Pada majlis itu, lebih 7,000 bungkusan kuih yang disediakan Pekerti diagihkan kepada anggota tentera dan polis yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sini selain bekas anggota polis dan ibu tunggal di negeri ini.
Sementara itu, Salbiah berkata, jasa dan bakti yang dicurahkan anggota keselamatan adalah tidak ternilai harganya.
Jelasnya, pengorbanan anggota keselamatan tidak hanya terbatas pada waktu-waktu kecemasan, kekacauan dan huru-hara malah turut bertugas pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.
"Mereka bertugas demi menjamin kehidupan yang selamat buat kita semua dan kerana itulah Pekerti menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah menjaga keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.
No comments:
Post a Comment