Tuesday, 12 March 2013

Bandar Seremban berwarna-warni.


SEREMBAN - Sebanyak 85 lot bangunan di pusat bandar ini akan dicat dan diperindahkan semula oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Seremban sebuah bandar raya.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, program yang mendapat kerjasama AkzoNobel bertujuan untuk menceriakan kawasan bandar ini melalui kepelbagaian warna.

Sunday, 10 March 2013

MB gesa guru agama bimbing anak bangsa seeloknya.

SEREMBAN - Semua guru agama di negeri ini berperanan untuk membimbing anak bangsa dengan menyalurkan pengajaran yang baik dan bukannya menjadi pencemar kepada ideologi sempit pihak yang berkepentingan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, generasi masa kini memerlukan bimbingan dan perlu diberi penerapan dengan pemikiran yang terbuka dalam mengharungi dunia yang kini semakin kompleks.

Thursday, 7 March 2013

Lebih 95 peratus kes Mal diselesaikan.

SEREMBAN - Jabatan Kehakiman Syariah negeri ini berjaya menyelesaikan kes Mal berkaitan tuntutan kekeluargaan dan harta benda, melebihi 95 peratus sejak dua tahun kebelakangan ini.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Mohd. Shukor Sabudin berkata, pada tahun 2011, jabatan ini telah menerima pendaftaran sebanyak 5,246 kes Mal dan

Wednesday, 6 March 2013

Patuhi keputusan mahkamah - Menteri Besar

FOTO... Barisan peguam syarie negeri bergambar bersama
YAB. Menteri Besar ketika Majlis Penyampaian Tauliah
Peguam Syarie Negeri di Kelana Resort, hari ini.

SEREMBAN - Semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah wajib dipatuhi terutama yang berkaitan perintah nafkah. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berharap jangan ada pihak yang memandang rendah keputusan mahkamah itu dan hendaklah dihormati sebagaimana keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil.

Saturday, 2 March 2013

Penduduk dapat hak milik tanah

REMBAU - Seramai 196 penduduk Kampung Pasir, Ladang Saga, Ladang Limsum dan Batu 12 Jalan Siliau dekat sini melahirkan rasa gembira selepas menerima geran hak milik tanah masing-masing sekali gus mengakhiri penantian mereka lebih 40 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian geran hak milik tanah tersebut adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited menjaga kepentingan rakyat.

Katanya,

Wednesday, 27 February 2013

PR1MA Seremban Utara boleh akses ke Lekas


SEREMBAN  - Satu persimpangan baharu dan laluan masuk membabitkan kawasan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Utara dekat sini bakal memberi akses ke Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja pembinaan di dua laluan yang telah dimulakan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan

Tuesday, 26 February 2013

Jangan anggap semua tindakan kerajaan tidak betul

SEREMBAN  - Rakyat terus diingat supaya tidak terpedaya dengan dakyah segelintir pihak yang menggunakan pelbagai kaedah untuk menegakkan fahaman dan ideologi semata-mata serta mahu memburu kuasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, akibatnya golongan ini akan