Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yakin persefahaman dan perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dicapai melalui penghayatan prinsip wasatiyyah yang terkandung dalam ajaran Islam yang suci.
Baginda bertitah, penekanan kepentingan prinsip wasatiyyah perlu sentiasa dilakukan agar masyarakat benar-benar memahami keindahannya.
Titah baginda, konsep berkenaan boleh diterjemahkan sebagai pendekatan sederhana yang terhasil daripada bimbingan Ilahi dan terbit daripada kefahaman terhadap panduan agama.
"Namun ini tidaklah bererti kita mesti sentiasa berada di tengah-tengah antara dua sikap yang ekstrem. Sebaliknya, prinsip wasatiyyah menuntut agar sentiasa merujuk kepada neraca agama dalam mencari jawapan paling tepat dalam setiap persoalan," titah baginda lagi.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut berucap dan menjelaskan, dimana umat Islam harus menjadi peneraju utama dalam usaha ke arah penyatuan supaya menjadi ikutan bukan sahaja sesama ummah, bahkan kepada masyarakat lain.
"Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama bukan sahaja dapat ditingkatkan, malah ia juga mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam negara majmuk yang menjadi pemangkin kepada perpaduan secara keseluruhannya.
"Konsep ini bukan sahaja harus menjadi panduan dan pedoman dalam kerangka pentadbiran kerajaan dan juga swasta, bahkan dalam mana-mana pertubuhan baik sosial mahupun siasah supaya nilai-nilai kesederhanaan itu menjadi amalan masyarakat dengan tahap kematangan yang tinggi," katanya.

Sikap toleransi dan amalan wasatiyyah perlu disebatikan dalam jiwa umat Islam bagi mencapai persefahaman sekali gus membina negara ke mercu yang paling gemilang.
Bertepatan dengan tema pada tahun ini, “Wasatiyyah Tongak Kesatuan Ummah” menjadi satu maksud yang mempamerkan kesederhanaan untuk agenda perpaduan negara, jelasnya lagi.
Majlis sambutan turut diserikan dengan acara perarakan Maulidurasul yang diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan serta diiringi, Menteri Besar Negeri Sembilan dan isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tunku Nujumuddin.
Pelbagai agensi dan kakitangan kerajaan, swasta, pertubuhan politik, persatuan-persatuan dan NGO serta masyarakat setempat turut sama meraikan Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
KLIK DIBAWAH UNTUK LIHAT FOTO LAIN:
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat N9 1434H
Sumber Foto:
Laman FB YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
No comments:
Post a Comment