Friday, 29 March 2013

54 penduduk Rantau terima surat hak milik tanah


SEREMBAN - Kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan amalan mensejahterakan rakyat melalui pemberian surat hak milik tanah kepada sebanyak 54 penduduk yang mendiami tapak lombong di Kampung Pasir Tengah dan Kampung Pasir Siliau, Rantau dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri selepas rakyat memberi kepercayaan terhadap kecekapan urus tadbir dan keprihatinan kerajaan negeri.

Thursday, 28 March 2013

RM7 juta bina dewan baharu Tampin.

TAMPIN  - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi menampung kos pembinaan dewan serbaguna baharu berhampiran Padang Serbaguna Tampin dekat sini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya itu dijangka siap pada

Wednesday, 27 March 2013

Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berjaya


SEREMBAN  - Kecemerlangan yang dipamerkan oleh penjawat awam di negeri ini telah menyumbang secara langsung kepada kejayaan pentadbiran kerajaan negeri pada tahun lalu.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, secara keseluruhannya pentadbiran kerajaan negeri telah berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negeri.

Tuesday, 26 March 2013

DUN Bubar: Speaker DUN Negeri Sembilan Maklum SPR Esok

Datuk Razak Mansor
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri DUN negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu.

Beliau berkata pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas DU Nterbubar secara sendiri pada Khamis.

Monday, 25 March 2013

64 polis, orang awam terima penghargaan

Saiful Azly Kamaruddin
SEREMBAN - Seramai 64 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam di negeri ini menerima sijil penghargaan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, program itu adalah sebagai tanda penghargaan kerjasama di antara anggota PDRM dan orang awam dalam memastikan keamanan negara.

Friday, 22 March 2013

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan diwujudkan penghujung tahun ini

YAB. Menteri Besar dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan tahunan masjid 2013 dan imbuhan sukarelawan di Klana Resort Seremban. kelmarin.
 SEREMBAN - Baitulmal Negeri Sembilan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan distruktur semula dengan mewujudkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan penghujung tahun ini untuk menjadikannya lebih cekap dan cemerlang.

Thursday, 21 March 2013

Keputusan SPM meningkat di NS

SEREMBAN - Sebanyak 747 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil tahun lalu.

Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 12 calon sekolah kerajaan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil mengikut penggredan baharu.