Sunday 29 July 2012

Warga emas Rantau terima sumbangan MAINS

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir menyampaikan Bantuan Baitulmal (MAINS) dan Sumbangan Kepada Warga Emas di Balairaya Kg Linsum, Rantau, semalam.

Beliau serta isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin juga turut hadir dengan berikan sumbangan kain pelekat untuk lelaki dan kain batik untuk perempuan beserta kurma.


Dalam ucapan Menteri Besar, beliau menjelaskan bahawa di Negeri Sembilan seramai lebih kurang 22,000 asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang menerima bantuan dari Baitulmal melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) setiap bulan.

Menurut beliau lagi, bantuan kepada asnaf yang lapan dapat diagihkan dengan adanya pelaburan di Negeri Sembilan.

Selain itu, Puzat Zakat Negeri Sembilan setakat Julai ini telah berjaya mengumpul zakat sebanyak RM30 Juta kerana ramai orang luar yang membayar zakat di negeri ini kerana mereka percaya dengan ketelusan pengurusan zakat di sini.


UNTUK LIHAT LAIN-LAIN GAMBAR KLIK TAJUK DIBAWAH:

No comments: