Monday 30 July 2012

Hormati dan sayangilah warga emas - MBNS

“Generasi muda hari ini perlu menghormati dan menyayangi warga emas. Tanpa mereka kita tidak mengenal erti kemerdekaan dan keamanan seperti yang dinikmati sekarang"...

“Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Jangan sia-siakan dan kita tidak boleh menggadai Agama, Bangsa dan
Negara hanya semata-mata kita berbeza pandangan dan pendapat”...

“Ingatlah, kita akan berdagang di negeri sendiri sekiranya kita saling bergaduh sesama sendiri dan orang luar sedang memerhatikan kita”...

“Muafakatlah sesama kita dan tidak salah mempunyai pandangan yang berbeza, namun kita semua harus bersatu.”

Antara ucapan YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar ketika bersama-sama asnaf fakir miskin dan warga emas di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tunku, Mambau di Majlis Penyerahan Bantuan Baitulmal dan Warga Emas, semalam.



Beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan Baitulmal kepada asnaf fakir miskin dan warga emas.

Hadir sama, En. Nor Azmi Bin Musa, Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan, En. Kamal Amran Bin Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk, Ketua-Ketua UMNO Cawangan, Pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua Wanita, Puteri dan Pemuda dan Nazir-nazir masjid.

 
UNTUK LIHAT LAIN-LAIN GAMBAR KLIK TAJUK DIBAWAH:

No comments: