Tuesday 24 July 2012

Penduduk MPS Diminta Ambil Tong Sampah Percuma




Penduduk di taman perumahan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang belum berbuat demikian diminta supaya mengambil tong sampah yang diberikan secara percuma.

Ada sebanyak 27,264 tong sampah masih lagi belum diambil.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Sembilan, Mohd Azhar Abd Hamid berkata tong beroda berkapisiti 120 liter itu boleh diambil di pejabat SWM Environment Sdn Bhd (SWM) atau di kaunter Taroot Cafe, Lobak; Balai Raya Taman Dusun Setia dan Balai Raya Taman Senangin.

"Kempen pengambilan tong sampah tersebut bermula 24 Julai hingga 31 Ogos ini. Penduduk perlu membawa borang yang telah diisi dengan lengkap beserta salinan kad pengenalan dan bil utiliti mereka," katanya semalam.

Mohd Azhar berkata setakat ini SWM telah mengedar 58,731 tong kepada penduduk di 342 buah taman perumahan di bawah kawasan MPS.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 1-800-88-7472 atau 06-6314715.

No comments: