Tuesday 20 November 2012

Keputusan UPSR NS mencatat peningkatan sebanyak 2.6 peratus

SEREMBAN - Seramai 2,197 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berjaya mencatatkan keputusan penuh 5A atau 7A.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan dari segi bilangannya berbanding pada tahun lalu, hanya 2,169 calon mencapai keputusan sama.

Katanya, peratusan calon yang mendapat 4A 1B atau 6A 1B di negeri ini adalah kekal 9.2 peratus daripada 19,230 calon yang menduduki ujian itu.

''Pelajar yang mencapai tahap penguasaan minimum iaitu mendapat sekurang-kurangnya C dalam keseluruhan mata pelajaran diambil adalah seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus.

''Ini merupakan satu peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding pencapaian tahun lalu iaitu sebanyak 68.3 peratus atau 12,729 calon," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

No comments: