Monday, 30 July 2012

Orang Ramai Dijemput Sertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012

SEREMBAN -- Orang ramai dijemput menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri Hashim Bedu berkata pertandingan ini memberi fokus utama kepada hiasan suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran Jalur Gemilang.

Hormati dan sayangilah warga emas - MBNS

“Generasi muda hari ini perlu menghormati dan menyayangi warga emas. Tanpa mereka kita tidak mengenal erti kemerdekaan dan keamanan seperti yang dinikmati sekarang"...

“Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Jangan sia-siakan dan kita tidak boleh menggadai Agama, Bangsa dan

Legoland Malaysia dibuka 15 September ini.

Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

Remaja biadab langgar anggota JPJ

SEREMBAN  - Usianya baru sahaja 16 tahun, tetapi sudah pandai menunjuk lagak biadab terhadap penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas.

Apa tidaknya, remaja lelaki berkenaan bertindak luar batasan dengan mengacah-acah mahu melanggar pihak berkuasa dengan motosikalnya ketika sekatan jalan raya dilakukan oleh

PM umum duit raya untuk peneroka Felda

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sunday, 29 July 2012

Warga emas Rantau terima sumbangan MAINS

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir menyampaikan Bantuan Baitulmal (MAINS) dan Sumbangan Kepada Warga Emas di Balairaya Kg Linsum, Rantau, semalam.

Najib pemimpin ke-6 paling popular di dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller.

Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen.