Sunday 20 January 2013

Ganguan air di Gemas, Gemencheh, Tampin dan Rembau

SEREMBAN - Gangguan bekalan air akan berlaku di sekitar kawasan Gemas dan Gemencheh pada 22 Januari ini berikutan kerja pemasangan meter di Kolam Londah, Tampin bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.


Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu melibatkan kerja penyelenggaraan dan pemasangan 'Electromagnetic Flowmeter' bersaiz 200-900 milimeter.

Katanya, selain itu penutupan sementara bekalan air akan berlaku di sebahagian kawasan Tampin dan Rembau pada 23 Januari ini bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja pemasangan meter sempadan antara kedua-dua daerah itu.

"Kita akan memasang 'Electromagnetic Flowmeter' meter sempadan bersaiz 900 milimeter di Loji Rawatan Air Gemencheh, Tampin," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

No comments: