Monday 14 January 2013

735 terima darjah kebesaran Negeri Sembilan

DARJAH SERI UTAMA NEGERI SEMBILAN (S.U.N.S)

KUALA PILAH - Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mendahului senarai 735 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena hari keputeraan ke-65 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.


Abu Zahar menerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUNS ialah bekas Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Arshad Ayob.

Lima orang menerima Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Ir Zaini Ujang dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Sebanyak 12 orang menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman DCP Datuk Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Muhamad Lebai Juri, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Technology Development Corporation Norhalim Yunus dan Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Razali Ahmad, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Siti Mariah Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong Zaifulbahri Idris, Datuk Wira Sivajothi Muthiah Rajendram, Tan Boon Kang, Yeo Hock Ho, Mahzan Ismail dan Mat Tahir Sharif.

Tiga penerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang juga membawa gelaran Datuk terdiri daripada Khong Kim Lyew, ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Tengku Datuk Baharuddin Tengku Bahadur dan Tunku Zainudin Tunku Hamzah.

Seramai 18 orang dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Dekan Fakulti Undang-Undang UKM Prof Dr Aishah Bidin, Chan Peng Chee, Farisah Mohd Farid, A. Ganesan, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Ir Dr Hasnul Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Johani Hassan, Ju Kong Ming, Khasnoor Abdul Khalid, Lee Wai Kok, Lim Tiong Boon, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Pelajar & Alumni) UKM Prof Ir Dr Othman A. Karim.

Turut menerima DBNS ialah Dr Ravendra Kumar Saravanan, Konsultan Khazanah Nasional Satinah Syed Salleh, Panglima 1 Brigade Brig Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Pakar Perunding Radiologi Hospital Tuanku Jaafar Seremban Dr V. Subramani, Ting Chuen Peng dan Pengarah Kanan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Mathialakan Chelliah.

Seramai 24 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson Kol Dzulkarnain Ahmad, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan Kamariah Ibrahim, Presiden Persatuan Penulis Negeri Sembilan Mahaya Mohd Yassin, Naib Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Sembilan Mohd Nasir Abd Hadi, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan Negeri Sembilan S. Jeyadhevi, Pengerusi REHDA Negeri Sembilan S. Sivanyanam, Pengarah Kastam Negeri Sembilan Syed Mohri Syed Abu Bakar, Pegawai Daerah Jempol Wan Razali Wan Awang dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali.

Sementara itu, empat orang menerima Darjah Tuanku Muhriz , Darjah Pekerti Terpilih (11 penerima), Ahli Setia Negeri Sembilan (92 penerima) Setiawan Tuanku Muhriz (lima penerima),Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (215 penerima), Pingat Jasa Kebaktian (324 penerima) danPingat Khidmat Lama (20 penerima).

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti.

- Bernama

No comments: