Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Senawang


SENAWANG - Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan akan diadakan serentak seluruh negara pada 17 Julai ini. Bagi penganjuran peringkat Negeri Sembilan, Dataran Senawang menjadi lokasi yang dipilih.

Seluruh masyarakat dijemput hadir beramai-ramai dan tunjukkan bahawa kita sayangkan negara ini.


Semalam, Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang telah berlangsung di Taman Senawang Indah dan di rasmikan oleh YAB Menteri Besar.

Menurut DS Utama Hj Mohamad Hj Hasan, “walau pun Negara sudah mencapai 55 tahun kemerdekaan, itu bukan bermakna rakyat Negara ini perlu lupa sejarah bagaimana ianya dicapai dan semangat mengibarkan jalur gemilang ini seharusnya ada dalam diri kerana secara simboliknya memberi kesan mendalam terhadap cintakan tanahair.”


“Marilah kita kibarkan jalur gemilang di premis perniagaan, kediaman, pejabat serta kereta sempena memperingati dan menghormati sejarah kemerdekaan Negara ini,” tambahnya.

Di majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan untuk KRT dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 juta yang mengiktiraf peranan KRT di dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan kawasan kejiranan.

Majlis turut meraikan peserta konvoi kempen kibar jalur gemilang yang diketuai oleh En. Mohd Khalil Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Negeri Sembilan yang bermula semalam dan berakhir dilokasi ini.

No comments: