SEREMBAN - Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan tahun ini ditetapkan pada kadar RM6.50 seorang sama seperti tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata kadar itu ditetapkan setelah mendapat persetujuan Majlis Fatwa Negeri Sembilan melalui rundingan bersama dengan MAINS.
"Penetapan kadar zakat fitrah ini dinilai daripada jenis penggunaan beras rakyat di negeri ini," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, katanya MAINS telah melantik amil untuk mengendalikan kutipan bayaran zakat fitrah di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan ini.
Katanya amil yang dilantik mempunyai pas pengenalan diri yang dikeluarkan MAINS dan mereka akan menjalankan tugas di kawasan masing-masing termasuk membuka kaunter di tempat tertentu seperti di pasaraya dan pusat membeli-belah serta kawasan awam bagi kemudahan umat Islam membayar zakat fitrah.
Beliau berharap umat Islam dapat membayar zakat fitrah sebaik-baiknya di awal Ramadan dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir.
Sumber - Bernama
No comments:
Post a Comment