Monday 30 July 2012

Orang Ramai Dijemput Sertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012

SEREMBAN -- Orang ramai dijemput menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri Hashim Bedu berkata pertandingan ini memberi fokus utama kepada hiasan suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran Jalur Gemilang.

Hormati dan sayangilah warga emas - MBNS

“Generasi muda hari ini perlu menghormati dan menyayangi warga emas. Tanpa mereka kita tidak mengenal erti kemerdekaan dan keamanan seperti yang dinikmati sekarang"...

“Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Jangan sia-siakan dan kita tidak boleh menggadai Agama, Bangsa dan

Legoland Malaysia dibuka 15 September ini.

Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

Remaja biadab langgar anggota JPJ

SEREMBAN  - Usianya baru sahaja 16 tahun, tetapi sudah pandai menunjuk lagak biadab terhadap penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas.

Apa tidaknya, remaja lelaki berkenaan bertindak luar batasan dengan mengacah-acah mahu melanggar pihak berkuasa dengan motosikalnya ketika sekatan jalan raya dilakukan oleh

PM umum duit raya untuk peneroka Felda

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sunday 29 July 2012

Warga emas Rantau terima sumbangan MAINS

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir menyampaikan Bantuan Baitulmal (MAINS) dan Sumbangan Kepada Warga Emas di Balairaya Kg Linsum, Rantau, semalam.

Najib pemimpin ke-6 paling popular di dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller.

Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen.

LONDON 2012: Jalur Gemilang Berkibar Megah

Berkibar megah...Pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong anak Pamg bersama kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlit dan pegawai berarak megah pada acara pembukaan rasmi penuh gemilang temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik, awal pagi semalam.

Dua kanak-kanak diburu Polis

KUALA PILAH – Dua kanak-kanak antara suspek yang diburu oleh pihak polis selepas melakukan kegiatan samun di Taman Bukit Intan, kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa seorang wanita Melayu berusia, 48, tinggal sendirian di rumah.

Saturday 28 July 2012

HKL Cipta sejarah

Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat sejarah bidang perubatan apabila berjaya memisahkan pundi kencing dan kemaluan ketika pembedahan pemisahan pasangan kembar siam pada 14 Julai lalu.

Sumbangan MAINS dihulur sepanjang Ramadhan


REMBAU - Masjid Kampung Pilin, Kundur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.semalam.

Pada majlis itu, MAINS mengambil kesempatan memberikan sumbangan berjumlah RM87,000.00 kepada asnaf dan fakir miskin dan diserahkan oleh YAB. Menteri Besar yang juga merangkap sebagai Pengerusi MAINS.

Mangsa kemalangan masih hidup dilanggar kereta

JEMPOL- Hasrat dua pemuda yang ingin membantu seorang lelaki terjatuh akibat terlanggar pokok tumbang tidak kesampaian apabila kedua mereka tidak sempat menarik mangsa yang terbaring di tepi jalan di kilometer 34 jalan Bahau-Kemayan, kira-kira jam 9.24 malam, semalam.

Difahamkan, mangsa tidak sempat diselamatkan dua pemuda terbabit

Arsene Wenger nak beli 'GOAL KEEPER' Negeri Sembilan?

Ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias yang beberapa kali menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi Arsenal pada aksi persahabatan kelmarin, mendapat pujian pengendali Gunners, Arsene Wenger.

Dia menyifatkan penjaga gol yang juga mewakili Negeri Sembilan itu sebagai 'fantastik'.

Friday 27 July 2012

38 orang keracunan makanan dari bazar Ramadan

Gambar Hiasan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat sini supaya ditutup selama dua minggu mulai hari ini ekoran kejadian 38 orang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan malam tadi.

Kegigihan wanita berniaga di Ampangan

Menyusuri kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Ampangan di sini, sesekali kedengaran suara halus yang begitu lantang menarik perhatian pembeli.

Apa tidaknya dengan semangat yang kental itu, sekumpulan peniaga ini sentiasa sahaja mencuri tumpuan sehingga kadang-kala mencuit perasaan apabila bersaing dengan peniaga bertubuh sasa.

Awas! Kesan buruk merokok sebaik berbuka puasa

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Bas tambahan Aidilfitri banyak

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menasihatkan orang ramai tidak panik berikutan ada laporan tiket bas ke Pantai Timur untuk sambutan Aidilfitri, habis dijual.

Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk bas tambahan sempena perayaan masih dibuka kepada pengusaha di seluruh negara,

Bekas isteri Hattan fail saman RM1 juta


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Thursday 26 July 2012

MB Berbuka Puasa Bersama Kariah Masjid Kg. Sungai Landak, Ampangan

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di Majlis Berbuka Puasa dan Ihya Ramadhan di Kariah Masjid Dato’ Kelana Petra Mubarak Al-Haj, Kampung Sungai Landak, Ampangan, semalam

Didalam ucapannya, berkata “Masjid adalah tempat umat Islam bersatu padu dan tempat umat Islam berkumpul bagi menunaikan ibadat.”

Rancang kahwin tahun depan

Dek kenyataan yang didakwanya disalah erti wartawan sebuah akhbar, pelakon, Nora Danish, dikatakan sedang berkawan rapat dan dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki.

Ditemui pada majlis berbuka puasa di ibu kota, baru-baru ini, pelakon berusia 30 tahun ini menegaskan, dia belum mempunyai teman istimewa dan tidak tergesa-gesa dalam mencari pengganti.

Wednesday 25 July 2012

Polis NS mohon kerjasama buru enam penjenayah

Polis melancarkan gerakan memburu enam suspek dipercayai satu geng penjenayah yang kerap melakukan beberapa kes samun di sekitar Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 30-an itu dikenal pasti hasil tangkapan empat lelaki pada 8 dan 13 Julai lalu.

PM umum bonus Aidilfitri penjawat awam.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Betulkah Niat Puasa Kita?

TIBALAH satu lagi Ramadan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.

Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri.

Imigresen N.Sembilan tahan 58 warga asing

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 58 warga asing termasuk seorang wanita hamil lapan bulan dalam Ops 6P di tapak pembinaan perumahan Bandar Enstek dekat sini, hari ini.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, wanita terbabit adalah antara 118 warga asing yang diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 45 lelaki, 11 wanita serta dua kanak-kanak berusia satu dan lima tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Semak laporan polis secara online

Pengguna akan berpeluang menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan mereka berurusan dengan pegawai penyiasat.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata, inisiatif itu dilakukan menerusi penyelidikan makmal jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 yang dijalankan selama enam minggu bermula April hingga Mei lalu.

Ariel bebas, Peterpan Tukar Nama, Logo

BANDUNG: Nama Peterpan dijangka hanya akan tinggal sejarah kerana kumpulan itu dijangka akan merombak segenap aspek mengenai mereka termasuklah nama, logo dan susunan muzik.

Pemilik label Musica selaku syarikat rakaman kumpulan itu, Ibu Acin berkata keputusan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Keputusan Jelajah Asia 2012: Arsenal vs Malaysia

BERIKUT adalah senarai pemain bagi kedua-dua pasukan pada perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam:

ARSENAL: Mannone; Jenkinson, Vermaelen, Djourou, Gibbs; Diaby, Arteta, Coquelin; Santos, Gervinho, Chamakh. Pemain gantian:

Tuesday 24 July 2012

Tuanku Muhriz di majlis berbuka puasa Menteri Besar

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al-marhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Pekeliling, Seremban, malam tadi.

Penduduk MPS Diminta Ambil Tong Sampah Percuma




Penduduk di taman perumahan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang belum berbuat demikian diminta supaya mengambil tong sampah yang diberikan secara percuma.

Ada sebanyak 27,264 tong sampah masih lagi belum diambil.

Monday 23 July 2012

Barang makanan mencukupi di NS

Orang ramai di negeri ini tidak perlu gusar mengenai bekalan bahan makanan terutama makanan basah kerana ia mencukupi bagi sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya mengambil berat akan keperluan orang ramai khususnya umat Islam sepanjang bulan puasa ini.

Saturday 21 July 2012

Pemberian imbuhan Aidilfitri untuk penjawat awam ikut kemampuan kerajaan - Najib

Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat "buku kira-kira" kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

Ismail Hutson meninggal dunia

Pelakon yang juga Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, meninggal dunia kira-kira pukul 1.05 pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia berikutan komplikasi akibat leukimia. - UTUSAN

RESEPI 02: Sayur Lemak Udang

Resepi pilihan hari ini blog Cerito N9 khas untuk dikongsikan kerapa semua pembaca khususnya rakan setia blog dan FB Cerito N9. Apa lagi... Cubalah untuk dijamu sewaktu berbuka nanti!

Piala Malaysia: Bermula Aidilfitri keempat

Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan teratas Liga Perdana akan bersaing dalam Piala Malaysia musim ini bermula pada hari keempat Aidilfitri.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata langkah itu diambil kerana FAM ingin memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan mempersiapkan diri bagi mempertahankan Piala Suzuki AFF, mulai November depan.

Meriahnya Birthday Adi Putra

DEWAN persidangan bersaiz sederhana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi meriah dengan sorakan peminat pada 14 Julai lalu seolah-olah menyaksikan berlangsungnya sebuah acara konsert menampilkan artis besar yang menjadi pujaan ramai.

Friday 20 July 2012

MB terima van jenazah BSN untuk Masjid Taman Paroi Jaya

Atas rasa tanggungjawab, Bank Simpanan Nasional (BSN) menyumbangkan 10 van jenazah kepada sembilan buah masjid di seluruh negara termasuk Masjid Taman Paroi Jaya hari ini.

Van tersebut diserahkan oleh En. Mohd Sofi Hj Jahaya, Naib Presiden Kanan / Ketua Perbankan Islam BSN kepada Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Imam Masjid Taman Paroi Jaya.

Ucapan Ramadhan MBNS

Ucapan YAB. Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H.

Assalamualaikum wbt. 
Saya dan keluarga ingin mengucapkan kpd semua rakan2 fb yang beragama islam, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua sentiasa berada didalam keberkatan Allah SWT jua. Salam


Cara Lepas Geram Kepada Pengadil. Saksi video ni!

Saksikanlah video ni.. Kerana terlampau geram sangat dengan pengadil. Sanggup mereka ni lakukan apa saja.

Sama-sama lah kita saksikan cara pemain bola sepak ini melepaskan geram terhadap pengadil perlawanan semasa di dalam padang. Hahahahaaa!!!

Perutusan Ramadhan YAB Perdana Menteri

Perutusan Perdana Menteri Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 1433H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.

"Mengoca" Tradisi Unik Yang Menyeronokkan

Mungkin ramai yang tidak biasa mendengar perkataan "mengoca" dan tertanya-tanya akan maksud perkataan itu.

Namun bagi masyarakat di negeri ini, perkataan itu bukanlah sesuatu yang asing kerana ia membawa maksud aktiviti menangkap ikan beramai-ramai menggunakan tangan dan selalunya tertumpu di kawasan sungai, tali air atau kolam.

RESEPI 01: Sotong Percik Ramadhan

Ini dia resepi pilihan pertama blog Cerito N9 khas untuk dikongsikan kerapa semua pembaca khususnya rakan setia blog dan FB Cerito N9. Apa lagi... Cubalah untuk dijamu sewaktu berbuka, esok!

'Lawan jika terpaksa'

Keaiban yang dialami kuartet 4x400 meter akibat dilucutkan pingat emas Sukan SEA wajar dijadikan iktibar oleh semua atlet kebangsaan agar tidak terlalu mudah mempercayai orang lain, termasuk jurulatih dan pegawai sendiri, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Scha terus dilimpahi rezeki

JANGAN ingat Scha Al-Yahya seorang yang pentingkan jenama semata-mata. Sebenarnya isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari itu seorang yang sangat bersederhana dalam penampilan dan kehidupan sehariannya.

FADHILAT SOLAT SUNAT TARAWIH 30 MALAM

Salam ramadhan & selamat mengerjakan ibadah puasa.
"Sesungghnya Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekalipun beliau tidak mewajibkannya" - Abu Hurairah -

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan, dengan ini disertakan:

FADHILAT SOLAT SUNAT TERAWIH MALAM 1-MALAM 30
Read more >>>

Thursday 19 July 2012

Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel

Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.
Read more >>>

Keunikan Gua Batu Maloi

Gua Batu Maloi yang terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin menampilkan corak kehidupan masyarakat Orang Asli yang tidak pernah luput ditelan zaman.

Read more >>>

Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan RM6.50

Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan tahun ini ditetapkan pada kadar RM6.50 seorang sama seperti tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata kadar itu ditetapkan setelah mendapat persetujuan Majlis Fatwa Negeri Sembilan melalui rundingan bersama dengan MAINS.

Read more >>>

PM Lancar Skim Persaraan Swasta

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Pesaraan Swasta (PRS) pada Rabu, yang membolehkan mereka yang bekerja sendiri dan pekerjanya berpeluang membuat simpanan untuk persaraan mereka.

Bagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula...

Read more >>>

Bintang Bollywood ternama meninggal dunia

Bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna meninggal dunia pada Rabu kerana menghidap komplikasi pelbagai jenis penyakit. Beliau berusia 69 tahun.

Berita kematian itu disahkan sendiri oleh menantunya Akshay Kumar.
“Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya...

Read more >>>

Kemeriahan Pertandingan Bowling CN9

Pertandingan Bowling CN9 anjuran Group FB Cerito Nogori 9 pada 07 Julai 2012 bertempat di Ampang Superbowl Malaysia, Seremban Parade.

Read more >>>